THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?
...
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

Cendawan Goreng Tepung

Resepi untuk hari ini....
Sesuai untuk dijadikan kudapan mse menonton tv bersama family. Malam tadi buat, sekejap jer dah abeh... Diorng memang suke cendawan goreng..
Kalo nak cube boleh tengok resepi kat bawah ni...Senang dan sedap.

  

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • 250gm cendawan tiram
  • 2 biji telur ayam-dipukul sedikit
  • 1 cwn tepung gandum (agak2 dgn jumlah cendawan)
  • 2 camb serbuk kari daging
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng

Cara-cara

  1. Pukul telur sedikit, x perlu kembang
  2. Celupkan cendawan ke dalam telur
  3. Campurkan tepung gandum, serbuk kari dan sedikit garam. Gaul sehingga sebati.
  4. Sadurkan cendawan tadi dengan campuran tepung sehingga meliputi semua bahagian
  5. Panaskan minyak dan sedia untuk di goreng (deep fry)
  6. Enak di makan begitu saja atau dengan sos cili
* seeloknya cendawan x perlu dibasuh sebab bile ia dah serap air, nanti dah goreng, ia x berapa rangup. Kalau nak basuh jugak, toskan sampai betol-betol kering.

SELAMAT MENCUBA..

Tuesday, March 22, 2011

Nasi Kerabu ala Kelantan

Dah lama x makan nasi kerabu, nak buat cam x berape nak rajin. Nanti la, da rajin nt boley buat.
Sapa2 nak cuba buat nasi kerabu boleh ler try... Pic ni kite snap mase buat ari tu.. Nak cube?
Ni resepinyer...

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

·  3-4 pot beras
·  1/2 biji kelapa parut
·  2 ekor ikan kembong (rebus)
·  5 ulas bawang merah
·  1/3 keping gula melaka
·  sedikit lada hitam
·  1 inci halia
·  1/2 biji bawang besar

·  daun kesom
·  kacang panjang
·  kubis
·  taugeh
·  cili padi
·  1 biji limau nipis
·  cuka
·  budu

Cara-cara

  1. Basuh beras dan masak seperti biasa. Kalau suka, boleh tambahkan sedikit pewarna. (Biasanya nasi kerabu berwarna biru @ kuning).
  2. Untuk sambal kelapa : Tumbuk bawang merah dan halia sehingga lumat, masukkan lada hitam, tumbuk lagi dan masukkan gula melaka. Seterusnya masukkan ikan yang telah direbus dan dibuang tulang. Tumbuk sehingga lumat dan sebati semua bahan2 tadi. Ketepikan
  3. Goreng kelapa parut sehingga agak keperang-peranggan. setelah itu, masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan bahan2 yang ditumbuk tadi. Gaul sehingga semua bahan sebati dengan kelapa goreng.
  4. Untuk kerabu: Potong kacang panjang, daun kesom dan kubis. Gaulkan sekali dengan taugeh.
  5. Untuk Sambal cili: Tumbuk cili bersama sedikit gula dan garam. Perahkan limau nipis dan masukkan sedikit cuka dan bawang besar.
  6. Akhir sekali, hidangkan nasi kedalam pinggan, letakkan sambal kelapa, kerabu, sambal cili dan budu. Untuk lebih sedap, makan bersama daging panggang, telur masin dan keropok dan solok lada. SELAMAT MENCUBA

 



Monday, March 21, 2011

Kerabu Mangga ( Ya Ma Muang)

Request from my sis...Die teringin nak makan somtam (mentang2 ler suh dia bawakkan gula kabung dari Qelate), tp kat umah xde betik, mangga jer ade... so, ari ni kite buat ya ma muang @ kerabu mangga. Bahan2 sama cam som tam jer, cuma tukar betik ngan mangga.

Resepi Kerabu Mangga  

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1 1/2 biji mangga muda-hiris halus panjang
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 3-4 cili api - ketuk (nak pedas, boleh tambah lagi)
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 biji limau nipis-ambil jus
  • 1 biji tomato-hiris nipis
  • 2 sudu besar gula kabung 
  • sedikit kacang tanah (goreng dan tumbuk kasar)
  • sedikit udang kering (tumbuk kasar)
  • garam n serbuk perasa 

Cara-cara:

Campurkan kesemua bahan-bahan, dan kacau hingga sebati.

Biarkan sekejap, dan boleh dimakan...

 


Friday, March 18, 2011

Keropok Lekor

Malam td rasa teringin nak makan kepok lekor terengganu, tp mana nak dpt kt cni..Mbr2 org tganu pun xdop hok nk blik...Ok, nk try buat sndiri. (Dulu2 penah buat ngan mak tp dah lama x buat...) So, g pasar malam beli ikan selayang... balik, terus proses... Dan hasilnya.....

(Hehe...x comey langsung rupe die)
 Rasa dah ada, tp terbanyak sangat ikan... sedap2 memang sedap tp struktur dia x brape cantik.. Len kali buat, kna tambah byk skit tepung ubi.. Nak resepi x?

Nie resepi amik kt internet...senang sangat2...

Resepi Keropok Lekor

Bahan-bahannya
7 ekor ikan selayang / kembong
7 sudu besar tepung kanji/sagu/ubi kayu
Garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto

Cara-cara membuatnya
1. Bersihkan ikan dan buang tulang temulangnya, ambil isi dan kulitnya sahaja.
2. "Blend" isi ikan tadi sampai hancur ( x perlu tambah air). Gunakan mesin blender untuk "blend" kering.
3.  Campurkan garam, aji dan tepung tadi.
4. Uli sehingga sebati.
5. Uli bahan-bahan tadi sebati dan bentukkan ia memanjang
6. Rebus dalam air mendidih. Pastikan air betul mendidih.
7. Bila keropok itu timbul menandakan ia telah masak.
Nie resepi pencicahnya...(x try lagi sebab dah ada yg dah siap)


Resepi Pencicah Keropok

Bahan-bahannya
400ml air
150gm gula merah
3 sudu besar cili kisar
60ml air dicampur dengan
1 sudu makan asam jawa
2cm kiub belacan
garam secukup rasa

 
Cara-cara membuatnya
1. Masakkan semua bahan hingga mendidih.
2. Perlahankan api dan
3. Renihkan hingga pekat kemudian angkat.

Selamat Mencube...