Dah lama x makan nasi kerabu, nak buat cam x berape nak rajin. Nanti la, da rajin nt boley buat.
Sapa2 nak cuba buat nasi kerabu boleh ler try... Pic ni kite snap mase buat ari tu.. Nak cube?
Ni resepinyer...
Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
· 3-4 pot beras · 1/2 biji kelapa parut · 2 ekor ikan kembong (rebus) · 5 ulas bawang merah · 1/3 keping gula melaka · sedikit lada hitam · 1 inci halia · 1/2 biji bawang besar | · daun kesom · kacang panjang · kubis · taugeh · cili padi · 1 biji limau nipis · cuka · budu |
Cara-cara
- Basuh beras dan masak seperti biasa. Kalau suka, boleh tambahkan sedikit pewarna. (Biasanya nasi kerabu berwarna biru @ kuning).
- Untuk sambal kelapa : Tumbuk bawang merah dan halia sehingga lumat, masukkan lada hitam, tumbuk lagi dan masukkan gula melaka. Seterusnya masukkan ikan yang telah direbus dan dibuang tulang. Tumbuk sehingga lumat dan sebati semua bahan2 tadi. Ketepikan
- Goreng kelapa parut sehingga agak keperang-peranggan. setelah itu, masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan bahan2 yang ditumbuk tadi. Gaul sehingga semua bahan sebati dengan kelapa goreng.
- Untuk kerabu: Potong kacang panjang, daun kesom dan kubis. Gaulkan sekali dengan taugeh.
- Untuk Sambal cili: Tumbuk cili bersama sedikit gula dan garam. Perahkan limau nipis dan masukkan sedikit cuka dan bawang besar.
- Akhir sekali, hidangkan nasi kedalam pinggan, letakkan sambal kelapa, kerabu, sambal cili dan budu. Untuk lebih sedap, makan bersama daging panggang, telur masin dan keropok dan solok lada. SELAMAT MENCUBA
0 comments:
Post a Comment