THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?
...

Friday, March 18, 2011

Keropok Lekor

Malam td rasa teringin nak makan kepok lekor terengganu, tp mana nak dpt kt cni..Mbr2 org tganu pun xdop hok nk blik...Ok, nk try buat sndiri. (Dulu2 penah buat ngan mak tp dah lama x buat...) So, g pasar malam beli ikan selayang... balik, terus proses... Dan hasilnya.....

(Hehe...x comey langsung rupe die)
 Rasa dah ada, tp terbanyak sangat ikan... sedap2 memang sedap tp struktur dia x brape cantik.. Len kali buat, kna tambah byk skit tepung ubi.. Nak resepi x?

Nie resepi amik kt internet...senang sangat2...

Resepi Keropok Lekor

Bahan-bahannya
7 ekor ikan selayang / kembong
7 sudu besar tepung kanji/sagu/ubi kayu
Garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto

Cara-cara membuatnya
1. Bersihkan ikan dan buang tulang temulangnya, ambil isi dan kulitnya sahaja.
2. "Blend" isi ikan tadi sampai hancur ( x perlu tambah air). Gunakan mesin blender untuk "blend" kering.
3.  Campurkan garam, aji dan tepung tadi.
4. Uli sehingga sebati.
5. Uli bahan-bahan tadi sebati dan bentukkan ia memanjang
6. Rebus dalam air mendidih. Pastikan air betul mendidih.
7. Bila keropok itu timbul menandakan ia telah masak.
Nie resepi pencicahnya...(x try lagi sebab dah ada yg dah siap)


Resepi Pencicah Keropok

Bahan-bahannya
400ml air
150gm gula merah
3 sudu besar cili kisar
60ml air dicampur dengan
1 sudu makan asam jawa
2cm kiub belacan
garam secukup rasa

 
Cara-cara membuatnya
1. Masakkan semua bahan hingga mendidih.
2. Perlahankan api dan
3. Renihkan hingga pekat kemudian angkat.

Selamat Mencube...

0 comments: